Ahad, 19 Oktober 2008

Ketabahan

  • keputusan itu bukan seperti aur yang mudah dilentur
  • namun dalam rempuhan yang dahsyat itu, mereka tidak sekalipun berhenti dan berpatah hati
  • pendiriannya tembok yang tiada retak digongcang gempa gertakan
  • jtekadnya sekukuh besi khursyani yang tidak cair oleh kata bujukan
  • jerit pekik tangisan kaumku tidak pernah mematahkan semangat wajaku untuk terus berjuang demi kehidupan
  • pulangnya petang itu bersama-sama segumpal azam, kental dan teguh, sekukuh Kaabah waktu diserang Abrahah
  • tidak mahu menitiskan air mata kerana baginya, ia berharga untuk menangisi nasib dunia yang menurutnya lebih malang
  • masih tidak mahu berganjak dari kemahuannya
  • walaupun mulutnya tidak mahu menjawab soalan itu, tetapi hatinya meronta-ronta ingin membebaskan kata-kata
  • tanpa menyimpan kata-kata yang berbalut kecewa dan kegagalan
  • akan mengatasi apa jua rintangan yang menghalangi kemaraannya
  • kuatkanlah azammu menghadapi dunia yang akan memerah darah dan keringat sebelum ia merelakan kejayaanmu
  • tidak jemu meniupkan aku semangat
  • liku-liku hidup yang penuh ranjau dan duri itu terpaksa dilalui dengan penuh ketabahan
  • seribu rintangan bukan tiket untuk menempah kegagalan
  • tetapi aku akur bahawa itu adalah anugerah Tuhan untuk mahluknya, tersembunyi sejuta hikmat dan rahmat
  • dalam hatinya terbetik suatu pengertian bahawa kehidupan ini adalah satu medan perjuangan
  • terus menekuni kerja masing-masing
  • mengorak langkah ke mercu kejayaan
  • kagum melihat kesungguhannya
  • berusaha mengubah takdir yang sudah terpateri
  • bertarung dengan dugaan demi dugaan