Jumaat, 17 Oktober 2008

Kesedihan & Kekecewaan

  • hatinya pecah seribu
  • menyayat hati
  • meratap kesedihan
  • kata-kata itu menikam terus ke jantung
  • perkhabaran yang disampaikan itu benar-benar mengguris luka di hatinya
  • bayang-bayang kesedihan dan kepiluan masih tercalit di wajahnya
  • pedih sungguh hatinya
  • menjunam ke paras yang terlalu parah
  • hatinya terlalu dukacita
  • sudah lama kutangisi kepiluan diri walaupun tiada air mata yang mengiringi
  • mulut terkunci, hati terkatup dan tenggelam dalam kepiluan
  • harapannya jatuh berderai umpama jutaan debu yang berkeliaran
  • tersentuh juga di pedalaman hatinya
  • duduk sugul di kepala katil
  • nadanya menikam jantung
  • namun senyumannya tidak dapat menutup mendung yang menyeliputi wajahnya
  • nada suaranya bagaikan sembilu menghiris tangkai hatinya
  • keluarkanlah jasadku dari kesengsaraan
  • suara batinnya menggelepar
  • harapan itulah yang menyinari makam derita ini
  • bencana menimpa kerianganku
  • sedih berbaur kekecewaan
  • begitu meruntun/ menarik/ menyentak jiwa dan perasaan
  • kini dia berasa kosong dan hampa
  • sehingga kini, rasanya masih mengalir darah-darah kepedihan di parut luka hatinya
  • rasa pilu mencucuk-cucuk tangkai hatinya
  • hidup tanpa meneguk sepuasnya kasih sayang
  • langit yang muram dan ombak yang resah
  • menemaninya dalam seribu kegelapan dan kesenyapan
  • saat demi saat menerbitkan detik-detik yang menusuk tajam ke lubuk sukmanya
  • bagai mencurahkan cuka di kelukaan hatinya
  • dirinya bagai ditimpa gunung-gunung batu pejal yang pecah berserakan
  • memandang dengan sejemput kehampaan yang ternyata di air wajahnya
  • bunga-bunga kemesraan tidak langsung bercambah di wajahnya
  • segala macam deraan mendesak di segenap cepu kepalanya
  • dia meneguk air liurnya sendiri dengan hati terkilan
  • malam yang penuh dengan kekusutan dan kekalutan itu kian panjang
  • dadanya sebak bagaikan terisi air sampai ke tenggorok
  • sungguh menyusuk dan menyayat hati
  • sukar untukku memaparkan lukisan kekesalan yang sebenarnya tidak tercerna lagi
  • kian sayu dan redup, seredup petang ini
  • hatinya luluh
  • diselaputi perasaan pilu
  • mengubat luka yang parah dalam jiwanya
  • mengembalikan luka-luka yang lama berdarah
  • dunia ini seolah-olah diserang gempa raya yang maha dahsyat menggongcangkan perasaan dua sahabat itu
  • berkecamuk dengan perasaan kehibaan
  • dunia kecerahan kin telah diliputi awan gelap
  • kekesalan hatinya terhadap ayahnya begitu bertubi-tubi datangnya
  • hatiku rintih
  • hatiya hancur bagaikan kaca yang dihempas kuat ke batu
  • hatiku menangis pilu
  • hatiku ditimbuni kesedihan
  • sedih yang terlalu sukar nak dihapuskan dari perasaanku
  • hanya yang mengerti sahajalah yang dapat meneroka betapa hancurnya hati ini
  • jiwa ini terhiris
  • bagai dihiris-hiris hati ini, menahan kesakitannya
  • suara ibu mengandungi seribu derita yang tidak kesudahan
  • keharuan kembali mengisi dada
  • aku terpaksa menjerit dalam kekosongan
  • memukul tangkai hatinya
  • mencoretkan bisikan hati yang menangis
  • matanya murung, menghilangkan seri senyumnya
  • sinar matanya dilindungi mendung
  • ada cerita sedih yang berlabuh di matanya
  • matanya murung, menghilangkan seri senyumnya
  • matanya merenung sayu
  • bersimpuh sambil menundukkan kepalanya ke tanah gersang
  • sayup dan pilu menghambat perasaannya