Ahad, 19 Oktober 2008

Kemarahan

  • dadanya berombak-ombak
  • antara dia dan (nama orang) masih membara api-api pertentangan
  • perdebatan yang mulai panas
  • meledak marah
  • begitu dia memantulkan soalankanku, selamba, sinis, terasa
  • menjadi merah padam
  • panas relung dadakuku bagaikan terbakar
  • kebencian hatinya memuncak sekali
  • meludah ke tanah
  • segala bahasa kesat di luahkannya
  • carut-mencarut terlalu indah baginya
  • nada syaitannya bersuara lagi
  • dimaki hamun sehendaknya
  • ditahannya gelora hati agar tidak sampai melontarkan jawapan balas yang boleh menggegarkan suasana
  • bunga-bunga kemarahan yang mulai membenih di wajahnya jelas kelihatan
  • panas hatinya menggongcang sekelumit keimanan yang bertapak di pintu kalbunya
  • kebenciannya terpeteri jelas dalam ingatannya
  • semua itu seperti buah pahit
  • pergesaran yang boleh menggugat keharmonian
  • mencetus pergaduhan
  • melontar kata-kata kaca ke kalbu
  • menyebarkan peperangan
  • panahan busur-busur mata dan tikaman lidah keris menderanya
  • tangan keras kematu terangkat tinggi, melayang menampar pipi gebunya
  • bekas tapak tangan masih terlukis di pipi
  • bahang nyalaan tidak berkilau semakin terasa
  • (nama orang) bagai gunung berapi pendam, akan meletus, mengalirkan larva bila-bila masa sahaja
  • merah telinganya, mendengar cercaan
  • perasaan marahku semakin meluap-luap
  • mendengar namanya cukup membangkitkan sejuta rasa benci dan geram
  • satu tamparan yang kuat hinggap di pipinya
  • keangkuhan (nama orang) membuatkan kebencian semakin menebal di hatiku
  • cuba memadamkan api kemarahan yang seterusnya melenyapkan bibit kemesraan yang telah dibina bersama sahabatnya
  • matanya memancar api terbakar
  • sepasang mata sinis dan dingin ditujukan ke arahnya