Jumaat, 17 Oktober 2008

Fikiran

  • fikirannya menderas (bermaksud berfikir secara deras /cepat)
  • soalan itu/ soalan yang sama sentiasa memenuhi kotak fikirannya
  • arus fikirannya seperti terhenti / berhenti
  • terapung dalam arus pengertian yang mencabar fikiran
  • fikirannya dirasuk ingatan yang bukan-bukan
  • fikirannya melayang jauh
  • dia membiarkan sejenak fikirannya menerawang
  • fikiran dan pena yang dipegangnya seperti ingin mengilhamkan sesuatu
  • berlegar-legar soalan itu meroboh alam fikirannya (bermaksud menjadi buntu)
  • dalam laut fikirannya
  • memeras otak (bermaksud berfikir secara keras)
  • rasa bersalah menerpa fikirannya
  • berlegar-legar dalam pusat ingatannya
  • fikiranya tiba-tiba dikejutkan oleh ketukan perlahan di pintu bilik/ kamarnya
  • soalan itu bertalu-talu datang dan pergi dalam fikirannya
  • cadar dan selimut yang renyuk-renyuk di katil itu seperti fikirannya juga, renyuk-renyuk
  • keadaan di luar itu seperti fikirannya, sesak dan berjerebu
  • seperti sehelai sutera putih yang bersih dan suc
  • berulang-ulang kali pertanyaan ini timbul dalam otaknya